Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 7.00 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Di SK Seafield juga tidak berkecuali terlibat sama dalam program ini. Program ini telah dilancarkan pada 20 Januari 2014 dan telah dirasmikan oleh Pn Ranizam binti Yusof, Guru Besar SK Seafield. Mari kita saksikan pelancaran Program Guru Penyayang peringkat Sekolah Kebangsaan Seafield ini.
Guru-guru yang penyayang
Perasmian oleh Pn Ranizam binti Yusof,Guru Besar SK Seafield
Ucapan Guru Besar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan