Blogroll

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

PENGUMUMAN PENTING 2011

Selasa, Disember 28, 2010 |

Kepada Semua ibubapa/penjaga

Tuan/puan bolehlah menguruskan pembelian buku/alatan persekolahan di kedai buku sekolah mulai Disember 2010 bagi sesi persekolahan 2011.

Tuan/puan juga boleh menjelaskan Bayaran Tambahan kepada perkhidmatan dan kemudahan sekolah sepertimana pekeliling Ikhtisas KPM bil 13/2007 dan dipersetujui dalam Mesyuarat bersama PIBG mulai 31.12.2010 ( Jumaat )
Read More

Takwim dan Peristiwa Penting 2010/2011

Selasa, Disember 28, 2010 |

Kepada Semua guru

27/12/2010 ( Isnin ) - Mesyuarat Guru 1 - 2011 / Mesyuarat Kewangan 1 - 2011

28/12/2010 ( Selasa ) - Mesyuarat Kurikulum 1 - 2011, Mesyuarat Panitia 1 - 2011, Pewrkembangan Staf

29/12/2011 ( Rabu ) Mesyuarat HEM 1 - 2011, Mesyuarat Kokurikulum - 2011, Mesyuarat Kelab Guru 2011, Pengurusan Kelas dan Bilik Khas

30/12/2011 ( Khamis ) - Mesyuarat Panitia 1 - Subjek Bukan Teras, Mesyuarat Rumah Sukan, Pengurusan Kelas dan Bilik Khas

31/12/2011 ( Jumaat ) - Hari Orientasi Pra Sekolah dan Tahun 1
Read More

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

Selasa, Disember 28, 2010 |

Kepada semua guru yang terlibat dengan Redeployment iaitu bertukar ke Sekolah baru pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di Sekolah Baru:

1 En Muhammad Faisol ke SK Puchong Jaya
2 Pn Marina Ahmad ke SK Seri Selangor
3 Pn Puah Siew Khuan ke SK TUDM
4 Pn Che Puteh ke SK Seafield 3
5 Pn Rasmin Arni Alias ke SK USJ 12
6 En Shaheezam Jamaluddin ke SK Padang Jawa
7 En Azizan Hussain ke SK Bukit Kuchai
8 Pn Shanti ke SK Padang Jawa
9 Pn Zaida Nordin ke SK Seafield 3
10 Pn Nik Rosmawati ke SK Puchong Indah
11 Pn Azmah Sulaiman ke SK Dato' Onn

Memohon pindah
1 Pn Hjh Noor Azlina bt Abd Kadir ke SK Bandar Baru Selayang 2

Naik Pangkat
1 En Shahrul Azuar ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana

Kita akur dengan arahan perkhidmatan dan teruskan kecemerlangan tuan/puan yang telah ditunjukkan di SK Seafield
Read More

PENGUMUMAN PENTING 2011

Selasa, Disember 28, 2010 |

Kepada Semua Ibubapa dan murid

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 03.01.2011 ( Isnin )

Sesi pagi

Tahun 1 , Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Sesi Petang

Tahun 2 dan Tahun 3

Untuk makluman Tahun 4 telah dibawa ke pagi atas kelulusan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) 2011 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang diluluskan pada Bulan Disember 2010 iaitu 1 kelas Tahun 4 perlu ditutup. Oleh itu Pihak sekolah terpaksa akur dengan arahan tersebut.
Read More

Selamat Tahun Baru 2011

Selasa, Disember 28, 2010 |


Read More

Pertandingan Buku Skrap Pendidikan Moral ( Sesi Petang )

Isnin, Julai 19, 2010 |

Tahniah dan Syabas kepada Para Pemenang Pertandingan Buku Skrap sesi petang.
Majlis penyampaian hadiah diadakan di Dewan Harmoni sewaktu Perhimpunan Rasmi Sekolah.

Guru-guru Pendidikan Moral juga menunjukkan cara bagaimana meyediakan buku skrap yang cantik dan kemas.
Makanan juga disedikan kepada semua murid bukan Islam yang hadir dalam program Pendidikan Moral.

Para peserta sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru Pendidikan Moral

Pemantauan dan penerangan oleh guru sewaktu murid menyiapakan tugasan

Berfikir sambil mencari idea bagaimana hendak menyiapkan tugasan dengan baik

Pelbagaia alatan dibawa sendiri dan disediakan oleh Panitia Pendidikan Moral.

Read More

Tahniah dan Syabas

Isnin, Julai 12, 2010 |

SK Seafield telah sekali lagi menerima anugerah sempena Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kualiti Peringkat Daerah Petaling Perdana 2010.
Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Kategori Sekolah Rendah 2010. Anugerah ini merupakan anugerah yang sering dimenangi SK Seafield.

Anugerah yang ke-2 ialah Anugerah Kualiti Pengurusan Bilik Operasi SPBT (BOSS) Kategori Sekolah Rendah.

Anugerah ke-3 ialah Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Kategori Sekolah Rendah iaitu bagi Pembantu Tadbir Kewangan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam membantu sehingga dianugerahkan kejayaan ini.
Read More

Isu kewajaran UPSR, PMR diumum tahun ini

Sabtu, Julai 10, 2010 |


Tan sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Utusan Malaysia Online- 02/07/2010

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan keputusan sama ada memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sebaliknya dalam tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mahu melengah-lengahkan dalam membuat keputusan dan pengumuman itu akan dibuat selepas selesai sesi rundingan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran.

"Kerajaan akan membuat keputusan dengan cepat dan telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom untuk mengadakan segera sesi meja bulat dengan pihak-pihak berkepentingan.

baca seterusnya
Read More

Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen

Sabtu, Julai 10, 2010 |

Oleh Syuhada Choo Abdullah - Berita Harian Online

2010/07/08
Penggiat sektor pendidikan rayu kementerian kaji mendalam

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit.

Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan, keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup `periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi.
Read More

UPSR 2010

Sabtu, Julai 10, 2010 |

Kepada semua murid dan guru

Sila semak draf jadual yang dilinkkan daripada LPM di bawah

sila klik disini
Read More

Perutusan Hari Guru 2010 Menteri Pelajaran

Jumaat, Mei 14, 2010 |


PERUTUSAN HARI GURU 2010

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-39

TEMA

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

16 haribulan Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Seluruh negara akan menyambut dan merayakan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua merafakkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut dan merayakan ketibaan Hari Guru bagi tahun ini.
Read More

Perutusan Hari Guru 2010 KPPM

Jumaat, Mei 14, 2010 |

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasehi sekelian.

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010 kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

Baca seterusnya
Read More

Sajak Hari Guru

Selasa, Mei 11, 2010 |

Read More

Hari Guru

Selasa, Mei 11, 2010 |

Read More

Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010

Khamis, April 22, 2010 |

Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti seperti lampiran di bawah:

baca seterusnya
Read More

Cuti Penggal Persekolahan

Khamis, April 22, 2010 |

Pembatalan Pindaan kepada Penggal Persekolahan 2010
Dimaklumkan bahawa Pelaksanaan Penggal Persekolahan 2010 adalah seperti yang diwartakan pada 14 Ogos 2009. Oleh yang demikian Cuti Pertengahan Tahun 2010 adalah dari 4 Jun hingga 19 Jun 2010 (Kumpulan A) dan dari 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010 (Kumpulan B).

Baca seterusnya
Read More

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Rabu, Mac 10, 2010 |

Lagi Mesyuarat Agung PIBG - Hjh Rafiah Hj Adnan Guru Besar sedang meneliti minit mesyuarat PIBG kali ke-17
Bekas YDP PIBG Dato' Zulkifli Abd Malek - YDP paling lama di SK Seafield- Jasamu Dikenang

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG

Read More

Majlis Jamuan Petang bersama Perdana Menteri sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

Ahad, Mac 07, 2010 |

Persembahan oleh Kumpulan Teater SK Seafield
Minum petang bersama YAB Perdana Menteri sempena Hari Kanak-kanak sedunia


Sebahagian murid yang mewakili sekolah ke Rumah Perdana Menteri

Barisan Pentadbir turut serta dari kiri anak Pn Hjh Rafiah, Pn Nik Suhaila, Pn Hjh Rafiah, Pn Too, Pn Norzila dan Pn Nik Sabariah

Norfarahin Jamsari diapit oleh Pn Nik Sabariah dan Pn Norzila



En Zaidi dan En Faisol juga mewakili guru lelaki turut serta ke rumah Perdana Menteri

Cik Wong, Pn Rasmin dan Cik Geetha turut serta dalam rombongan tersebut

Read More

Lagi sekitar Mesyuarat Agung PIBG

Ahad, Mac 07, 2010 |

Gambar Kenangan bersama YDP PIBG Sk Seafield Dato' Zulkifli Abdul Malek yang menjadi YDP PIBG Sk Seafield selama 8 tahun. Kami mengalu-alu YDP PIBG baru Datin Paduka Azni Jamaludin. Dari kiri Pn Norzila Ishak ( PK HEM ), Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan ( Guru Besar ), Dato' Zulkifli Abd Malek, Datin Paduka Azni Jamaludin, Pn Too Lee Eng ( P Kanan ) dan Pn Hjh Nik Sabariah Mahamood ( PK Kokurikulum )

Dato' Zulkifli bin Abd Malek bergambar kenangan berlatar belakangkan plat Dana PIBG Konsert Amal 1 Malaysia yang telah berjaya dijalankan pada tahun 2009 di bawah pentadbiran beliau.

Selepas Mesyuarat, ibubapa mengambil peluang melihat jualan serta pameran yang disediakan.

Setiausaha PIBG 2009, Pn Azmah Sulaiman membentangkan minit mesyuarat Agung ke-17.

Datuk Paduka Rafiq, Dato' Zulkifli Abd Malek, Pn Hjh Rafiah Hj Adnan dan Datin Paduka Azni Jamaludin.
Jualan Kalendar Takwim SK Seafield 2010

Kaunter Pendaftaran

Jualan Buku dari Kedai Buku SK Seafield

Pameran Robotic daripada Uniten

Pelajar-pelajar berminat dan mencuba sendiri robotic yang dipamerkan
Read More

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG

Ahad, Mac 07, 2010 |

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asrof bagi memberkati Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17.
Persembahan koir oleh pasukan koir sekolah.
persembahan sajak oleh pelajar pelbagai kaum yang telah dipersembahkan kepada Perdana Menteri pada 5/3/2010 di kediaman rasmi Perdana Menteri
Persembahan tarian
Selepas tarian ucapan oleh Guru Besar Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan dan Ucapan YDP PIBG Dato' Zulkifli Abd Malek
Mesyuarat bermula YDP dan Guru Besar menjawab soalan yang dikemukakan
Pelbagai kategori ibubapa serta anak-anak yang sanggup serta berminat untuk hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG
Barisan AJK PIBG 2009 YDP PIBG baru bersama suami iaitu Datin Paduka Azni Jamaludin serta Datuk Paduka Mohd Rafiq
Barisan Penolong Kanan, Pn Too, Pn Akma Zuraida, Pn Nik Sabariah dan Pn Norzila
Guru-guru yang turut serta di dalam Mesyuarat tersebut
Ibubapa sedang mentelaah kandungan buku Minit Mesyuarat Agung Kali ke-17
Read More

Takwim Peperiksaan UPSR 2010

Sabtu, Mac 06, 2010 |

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2010

UPSR
Ujian Bertulis 21 - 23 September 2010


* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 - 8884 3382
Read More

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Sabtu, Mac 06, 2010 |

KEPADA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA

Mesyuarat Agung PIBG 2010 akan diadakan pada:

Tarikh : 6/3/2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Harmoni SK seafield

Semua ibubapa dijemput untuk menghadiri dan meriahkan lagi majlis tersebut.

* Perjumpaan guru dan ibubapa murid tahun 6 akan diadakan selepas Mesyuarat Agung PIBG. semua ibubapa dijemput hadir bagi membincangkan masalah serta perancangan sekolah untuk masa depan anak tuan/puan
Read More

Sambutan Maulidur Rasul

Sabtu, Mac 06, 2010 |

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidr Rasul pada 5/3/2010. Sambutan seperti setiap tahun telah diadakan mulai jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang

Murid lelaki akan berarak dari SK Seafield ke Masjid Al-Mukminun USJ 2, Manakala murid perempuan akan diadakan kuliah agama oleh ustazah di Surau As-sajidin.

Seelesai Solat Jumaat pelajar lelaki akan kembali sekolah dengan diiringi guru lelaki untuk ceramah Maulidur Rasul.
Read More

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN PETANG BERSAMA PERDANA MENTERI SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Jumaat, Mac 05, 2010 |


SK Seafield telah dijemput ke majlis jamuan petang bersama Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. Majlis anjuran Media Prima Berhad dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia.


Bertempat di Sri Satria Putra Jaya (gambar) pada 5 Mac 2010, seramai 60 orang murid pelbagai bangsa dan 10 orang guru pengiring mengikuti jemputan tersebut. Kami berbangga kerana terpilih untuk menyertai jemputan tersebut.
Gambar dan berita selanjutnya hanya dapat dipamerkan pada 7/3/2010 dan akan disiarkan di TV3 pada pukul 9.00 malam iaitu dalam Rancangan Terubuk Masin untuk PM
Read More

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2010

Rabu, Februari 24, 2010 |

En Azizan bersama guru-guru menyusun pengawas sekolah sebelum majlis penyerahan watikah perlantikan berlangsung
Penat berdiri setelah tamat majlis penerimaan watikah perlantikan sementara majlis bergambar

Perlahan-lahan kawad tu nanti terjatuh

Pengawas sekolah sesi pagi

Pengawas sekolah sesi petang

Pengawas Pusat Sumber sesi pagi
Pengawas Pusat Sumber sesi petang
Pengawas Surau Sesi Pagi dan petang
Pengawas SPBT sesi pagi dan petang
Gambar majlis watikah perlantikan akan menyusul nanti

Read More

GURU BERTUGAS MINGGU INI

TEMA : MINGGU PEPERIKSAAN

1
PN ZAMZURA BT WAGIRON
2 PN ROSHAYANI LISA BT ABU BAKAR
3 PN NOOR AZLINAH BT ABU
4 EN ROS ISKANDAR BIN MINGAT
5 PN MUNIROH BT MD SAID
6 PN NITAKUMARI KK PATEL
7 PN SUZANA BT PAKIRI

TAKWIM BULAN FEB/MAC 2016

26.2.2016 - MTQ PERINGKAT SEKOLAH
KELAS ZOOM IN (BI)
27.2. 2016 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

29.2.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA

BULAN MAC 2016

01.03.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA
1- 4 MAC - SARINGAN 1 LINUS NUMERASI
02.03.2016 - LATIHAN RMUAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR ( BM & BI )
04.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - MATEMATIK
08.03.2016 -OTI (1)
8-11 MAC SARINGAN LINUS LITERASI

09.03.2016 - OTI (1)
LATIHAN RUMAH SUKAN
KELS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
10.3.2016 - OTI (1)
11.03.2016 - OTI (1)
KEM INSANIAH
KELAS ZOOM IN 2Q - BI
12.03.2016 - CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA
KEM INSANIAH
14.3.2016 - PROGRAM PECUT MURID TAHUN 6
17.3.2016
21.3.2016 - SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
23.03.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - BM & BI
25.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - SAINS
26.03.2016 - KELAS BIMBINGAN UPSR
28.03.2016 - MINGGU MATEMATIK
30.3.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Aktiviti

Kem Insaniah 2015 maulu Nilam rewar hari terbuka "/> sepaktakraw NKRA