Murid tahun 5 pada tahun ini merupakan bakal calon yang akan menduduki UPSR pada tahun 2013. Oleh itu unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama panatia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah mengadakan satu program bagi murid tahun 5 bagi mempersiapkan minda menghadapi UPSR tahun hadapan. Program ini dilaksanakan dengan memberikan pendedahan awal kepada semua murid tahun 5 bagaimana untuk memperoleh keputusan yang baik dalam matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Murid berkumpul di Dewan Harmoni pada pukul 8.00 pagi mendengar taklimat awal
Gelagat murid-murid semasa menjawab soalan daripada Pn Azlina
Pn Muniroh memberikan tips menjawab kertas Bahasa Melayu
Pn Norazizah dengan tips menjawab kertas Sains
Sesi selingan meregangkan otot
Pn Vimala memberikan kaedah cara menjawab kertas Bahasa Inggeris