Pada tahun ini negara kita akan menyambut ulang tahun ke 58 yang bertemakan Sehati Sejiwa. Sehati Sejiwa dipilih menjadi tema utama Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2015. Tema “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Sehati Sejiwa juga melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka. Oleh itu, warga SK Seafield juga tidak terlepas untuk meraikannya dengan penuh gemilang di dataran sekolah. Jum saksikannya.
Lagi gambar sekitar hari pertama persekolahan di sini
6 tahun yang lalu