Blogroll

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Isnin, Februari 15, 2010 |

04 Nov - 4 sub NKRA pendidikan KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan kepada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan bagi melaksanakan perancangan pendidikan untuk tahun depan dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, empat sub-NKRA berkenaan ialah

i Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah,
ii Meningkat kadar literasi dan numerasi
iii Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi
iv Mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang.

“Objektif yang perlu dicapai ialah memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dan dapat memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat serta negara hasil persekolahan dan pendidikan yang mereka peroleh,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Pendidikan RMK-10 di sini, semalam

Muhyiddin berkata, bagi menjayakan misi membangunkan model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti serta nilai tambah tinggi, aspek pembangunan modal insan akan dijadikan teras utama dalam perancangan pembangunan pendidikan sepanjang RMK-10. Katanya, pembangunan modal insan akan dilaksanakan melalui pendekatan holistik merangkumi segala usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, membentuk individu intelek dalam bidang sains dan teknologi, menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk sikap, nilai dan etika yang positif. “Selaras matlamat melahirkan modal insan berkualiti tinggi, kerajaan memperuntukkan RM30 bilion bagi pendidikan rendah dan menengah tahun depan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 5.5 juta murid. Ia termasuk emolumen operasi pendidikan sebanyak RM19.6 bilion, program bantuan dan biasiswa pelajar (RM2.8 bilion), membina 80 sekolah baru, 1,100 blok tambahan dan 347 projek gantian (RM1.6 bilion) dan mengubah suai dan menaik taraf sekolah daif di seluruh negara (RM1.1 bilion). Di SHAH ALAM, beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapatkan maklumat prestasi kementerian berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada Jumaat ini. Muhyiddin berkata, ia selaras komitmen Perdana Menteri yang tegas untuk mengubah kualiti hidup rakyat dengan meningkatkan keberkesanan kerajaan sejak memegang jawatan itu April lalu. “Kita tak boleh main-main... kena serius. Saya percaya kita nak membuktikan walau apa pun keadaannya, Barisan Nasional (BN) adalah parti lebih berwibawa, berkemampuan untuk menyelesaikan dan membantu membela nasib rakyat. “Kita lihat apa yang berlaku dalam parti pembangkang, sudah agak berkecamuk. Sebab itu ada wakil rakyat meninggalkan parti mereka,” katanya. Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

GURU BERTUGAS MINGGU INI

TEMA : MINGGU PEPERIKSAAN

1
PN ZAMZURA BT WAGIRON
2 PN ROSHAYANI LISA BT ABU BAKAR
3 PN NOOR AZLINAH BT ABU
4 EN ROS ISKANDAR BIN MINGAT
5 PN MUNIROH BT MD SAID
6 PN NITAKUMARI KK PATEL
7 PN SUZANA BT PAKIRI

TAKWIM BULAN FEB/MAC 2016

26.2.2016 - MTQ PERINGKAT SEKOLAH
KELAS ZOOM IN (BI)
27.2. 2016 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

29.2.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA

BULAN MAC 2016

01.03.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA
1- 4 MAC - SARINGAN 1 LINUS NUMERASI
02.03.2016 - LATIHAN RMUAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR ( BM & BI )
04.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - MATEMATIK
08.03.2016 -OTI (1)
8-11 MAC SARINGAN LINUS LITERASI

09.03.2016 - OTI (1)
LATIHAN RUMAH SUKAN
KELS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
10.3.2016 - OTI (1)
11.03.2016 - OTI (1)
KEM INSANIAH
KELAS ZOOM IN 2Q - BI
12.03.2016 - CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA
KEM INSANIAH
14.3.2016 - PROGRAM PECUT MURID TAHUN 6
17.3.2016
21.3.2016 - SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
23.03.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - BM & BI
25.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - SAINS
26.03.2016 - KELAS BIMBINGAN UPSR
28.03.2016 - MINGGU MATEMATIK
30.3.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Aktiviti

Kem Insaniah 2015 maulu Nilam rewar hari terbuka "/> sepaktakraw NKRA