SK Seafield telah dijemput ke majlis jamuan petang bersama Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. Majlis anjuran Media Prima Berhad dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia.
Bertempat di Sri Satria Putra Jaya (gambar) pada 5 Mac 2010, seramai 60 orang murid pelbagai bangsa dan 10 orang guru pengiring mengikuti jemputan tersebut. Kami berbangga kerana terpilih untuk menyertai jemputan tersebut.
Gambar dan berita selanjutnya hanya dapat dipamerkan pada 7/3/2010 dan akan disiarkan di TV3 pada pukul 9.00 malam iaitu dalam Rancangan Terubuk Masin untuk PM