Blogroll

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Jadual Peperiksaan UPSR 2014 (draf)

Sabtu, April 19, 2014 |

Kepada semua murid serta pengunjung blog SK Seafield sila download jadual UPSR 2014 (draf ) dibawah

 UPSR

Read More

Tahniah Kepada semua warga SK Seafield

Sabtu, April 19, 2014 |

SHAH ALAM 18 April - Seramai 630 guru besar termasuk guru penolong kanan dari 566 buah sekolah kebangsaan pelbagai aliran menerima anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (TBGB) 2013 hasil daripada pencapaian prestasi serta pengurusan yang baik di sekolah masing-masing pada tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah keseluruhan sekolah yang menerima anugerah tersebut, sebanyak 209 daripadanya merupakan sekolah bandar diikuti 302 buah sekolah luar bandar dan 55 buah sekolah lagi adalah di kawasan pedalaman.
Menurutnya, jumlah sekolah yang menerima insentif TBGB bagi 2013 itu dilihat menunjukkan peningkatan positif berbanding 2012 yang mana sekolah bandar pada tahun berkenaan hanya mencatatkan bilangan sebanyak 180 buah manakala sekolah luar bandar melibatkan 280 buah.
Read More

Minggu Sains 2014

Isnin, April 14, 2014 |

Pada 14 April 2014 ( Isnin ) sempena Minggu Sains, Panitia Sains SK Seafield telah mengadakan pelancaran minggu Sains. Pelancaran Minggu Sains dilancarkan oleh Pn Ranizam binti Yusoff Guru Besar SK Seafield.
 Pelancaran dengan gimik letupan kertas

Pasukan koir pimpinan guru-guru Sains yang diketuai oleh Pn Nitakumari terdiri daripada murid-murid tahun 6 Rajin dan 6 Usaha menyanyikan lagu hijau. Pelbagai program akan dijalankan sempena minggu Sains.
Read More

Kem Insaniah 2014

Ahad, April 13, 2014 |

Pada 12 dan 13 April 2014 Panitia Pendidikan Islam SK Seafield telah menganjurkan Kem Insaniah untuk murid-murid Islam Tahun 5 dan Tahun 6. Kem ini adalah program tahunan yang dianjurkan bertujuan membentuk sahsiah murid-murid tahun 6 disamping menjalani latihan amali berkaitan solat, bersuci, mandi hadas dan lain-lain. Kem ini diadakan di Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat.


Bas yang membawa murid-murid dari SK Seafield ke Kem Herba Sungai Congkak.

Guru-guru Pendidikan Islam bersama Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum serta guru-guru praktikum bergambar. Dari kiri Ustaz Muhamad Fadhil, Ustaz Muhd Ridzuan, Pn Hjh Nik Sabariah, Pn Ranizam, Ustazah Nik Suhaila, Ustazah Yusliha, Ustazah Rafiza, dan guru-guru Praktikum.
Bergambar di hadapan tempat penginapan
 Sebahagian daripada Fasilitator bersama Ustaz Fadhil dan Ustazah Rafiza
Guru-guru yang turut hadir
Fasilitator iaitu pelajar-pelajar UIA Gombak
Guru Besar Pn Ranizam binti Yusoff bersama Pn Hjh Nik Sabariah menyampaikan ucapan pembukaan

Aktiviti yang dijalankan

Belajar mengambil wuduk sebelum amali dijalankan





Solat berjamaah 

Aktiviti riadah 

Mandi-manda di hadapan kem
Guru-guru membantu memberikan makanan kepada murid-murid
 Makan tengahari

 Murid perempuan makan tengahari
 Majlis penutupan
 Majlis Penutupan
Pn Norzila binti Ishak Penolong Kanan HEM turut hadir pada majlis penutupan
Bacaan doa oleh fasilitator

Ucapan ketua Fasilitator
Ucapan Penyelaras program Ustaz Fadhil
Ucapan Pn Norzila Penolong Kanan HEM pada majlis penutupan
Penyampaian Hadiah 

Panitia Pendidikan Islam SK Seafield merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat, fasilitator, murid-murid, ibubapa serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah merahmati usaha murni tersebut.

Read More

Tahniah kepada Semua Warga SK Seafield

Ahad, April 06, 2014 |

Kami mengucapkan tahniah kepada semua warga SK Seafield kerana dianugerahkan Tawaran baru kepada Guru Besar  di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara  ( NKRA  ) Pendidikan bagi tahun 2013.

Read More

HARI TERBUKA 1

Ahad, April 06, 2014 |

Pada 4 April 2014 Hari terbuka kali pertama 2014 telah diadakan. Hari terbuka kali pertama ini diadakan bertujuan untuk bersemuka dengan ibu bapa penjaga untuk  berbincang prestasi anak-anak serta bersuai kenal dengan guru-guru SK Seafield bagi sesi semester 1 tahun 2014.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SK Seafield mengadakan Hari terbuka sebanyak 2 kali iaitu selepas Ujian 1 dan selepas PKSR 1. Guru-guru kelas akan berbincang prestasi murid-murid. Manakala guru-guru relif akan mengajar seperti biasa. Bagi Murid Tahun 5 dan 6 perbincangan tertumpu kepada pretasi ujian bulanan 1. Manakala murid tahun 1,2,3 &  4 perbincangan berkisar pembelajaran murid di dalam kelas dan hasil kerja murid kerana PBS tiada ujian bulanan.
Read More

GURU BERTUGAS MINGGU INI

TEMA : MINGGU PEPERIKSAAN

1
PN ZAMZURA BT WAGIRON
2 PN ROSHAYANI LISA BT ABU BAKAR
3 PN NOOR AZLINAH BT ABU
4 EN ROS ISKANDAR BIN MINGAT
5 PN MUNIROH BT MD SAID
6 PN NITAKUMARI KK PATEL
7 PN SUZANA BT PAKIRI

TAKWIM BULAN FEB/MAC 2016

26.2.2016 - MTQ PERINGKAT SEKOLAH
KELAS ZOOM IN (BI)
27.2. 2016 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

29.2.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA

BULAN MAC 2016

01.03.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA
1- 4 MAC - SARINGAN 1 LINUS NUMERASI
02.03.2016 - LATIHAN RMUAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR ( BM & BI )
04.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - MATEMATIK
08.03.2016 -OTI (1)
8-11 MAC SARINGAN LINUS LITERASI

09.03.2016 - OTI (1)
LATIHAN RUMAH SUKAN
KELS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
10.3.2016 - OTI (1)
11.03.2016 - OTI (1)
KEM INSANIAH
KELAS ZOOM IN 2Q - BI
12.03.2016 - CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA
KEM INSANIAH
14.3.2016 - PROGRAM PECUT MURID TAHUN 6
17.3.2016
21.3.2016 - SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
23.03.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - BM & BI
25.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - SAINS
26.03.2016 - KELAS BIMBINGAN UPSR
28.03.2016 - MINGGU MATEMATIK
30.3.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Aktiviti

Kem Insaniah 2015 maulu Nilam rewar hari terbuka "/> sepaktakraw NKRA