Pada 10 Februari 2014 semua guru SK Seafield SPS telah mendengar taklimat mengenai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang telah diberikan oleh En Zaidi dan En Riduwan Aziz. SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
Read More
Taklimat oleh penyelaras SPS SK Seafield
Guru-guru yang mendengar taklimat