SHAH ALAM 18 April - Seramai 630 guru besar termasuk guru penolong kanan dari 566 buah sekolah kebangsaan pelbagai aliran menerima anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (TBGB) 2013 hasil daripada pencapaian prestasi serta pengurusan yang baik di sekolah masing-masing pada tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah keseluruhan sekolah yang menerima anugerah tersebut, sebanyak 209 daripadanya merupakan sekolah bandar diikuti 302 buah sekolah luar bandar dan 55 buah sekolah lagi adalah di kawasan pedalaman.
Menurutnya, jumlah sekolah yang menerima insentif TBGB bagi 2013 itu dilihat menunjukkan peningkatan positif berbanding 2012 yang mana sekolah bandar pada tahun berkenaan hanya mencatatkan bilangan sebanyak 180 buah manakala sekolah luar bandar melibatkan 280 buah.
Read More