Blogroll

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

Guru Besar

Sabtu, Mei 02, 2009 |


Pn Ranizam binti Yusoff


KATA – KATA PENDAHULUAN GURU BESAR

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu kami warga Sekolah Kebangsaan Seafield, USJ 6/3, Subang Jaya, Selangor, sentiasa bersyukur kerana berada dalam satu keluarga yang mempunyai halatuju yang sama, serta sanggup memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan terbaik dan berkualiti.

Sebagai pelaksana di atas apa jua dasar yang telah dirancangkan, kami sentiasa menghayati, memahami seterusnya melaksanakan apa sahaja dasar yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejajar dengan piagam pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu ‘menyediakan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu untuk memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara’. Ini merupakan sebagai pemangkin semangat di dalam menunaikan tanggungjawab menguruskan pendidikan di peringkat yang paling asas, iaitu di sekolah rendah.

Demi untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada sekolah kebangsaan dalam apa jua agenda, strategi kami sentiasa meletakkan kualiti sebagai prioriti. Ini bermula daripada kepimpinan sekolah, warga kerjanya, PIBG dan sudah pasti pelajar yang dididik hasil daripada perancangan yang cekap dan berkesan serta berwawasan.

Pengurusan SK Seafield sentiasa bersama PIBG, berusaha dan mencari jalan, agar apa jua yang dirancangkan dapat memenuhi kehendak semasa dengan mengambil kira latarbelakang masyarakat di sekitar sekolah ini. Di samping berusaha menarik minat masyarakat bukan melayu, supaya mempunyai keyakinan kepada sekolah kebangsaan dan seterusnya menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama untuk semua kaum.

Seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan pusat kecemerlangan pendidikan, Sekolah Kebangsaan Seafield sentiasa berusaha ke arah mengekalkan kecemerlangan dan mengutamakan kualiti di dalam semua aspek yang mana fokus utama Akademik, Pembentukan Insan dan Kelengkapan Fizikal Sekolah.

SK Seafield juga sentiasa menjadikan instrument Standart Kualiti Pendidikan sebagai sumber rujukan utama agar kami akan terus dapat ‘ MEMARTABATKAN PROFESYEN KEGURUAN,dan seterusnya MEMANTAPKAN SERTA MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN.

BERSAMA BERSATU MENCAPAI
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Sekian,

Saya yang menurut perintah,
Read More

GURU BERTUGAS MINGGU INI

TEMA : MINGGU PEPERIKSAAN

1
PN ZAMZURA BT WAGIRON
2 PN ROSHAYANI LISA BT ABU BAKAR
3 PN NOOR AZLINAH BT ABU
4 EN ROS ISKANDAR BIN MINGAT
5 PN MUNIROH BT MD SAID
6 PN NITAKUMARI KK PATEL
7 PN SUZANA BT PAKIRI

TAKWIM BULAN FEB/MAC 2016

26.2.2016 - MTQ PERINGKAT SEKOLAH
KELAS ZOOM IN (BI)
27.2. 2016 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

29.2.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA

BULAN MAC 2016

01.03.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA
1- 4 MAC - SARINGAN 1 LINUS NUMERASI
02.03.2016 - LATIHAN RMUAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR ( BM & BI )
04.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - MATEMATIK
08.03.2016 -OTI (1)
8-11 MAC SARINGAN LINUS LITERASI

09.03.2016 - OTI (1)
LATIHAN RUMAH SUKAN
KELS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
10.3.2016 - OTI (1)
11.03.2016 - OTI (1)
KEM INSANIAH
KELAS ZOOM IN 2Q - BI
12.03.2016 - CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA
KEM INSANIAH
14.3.2016 - PROGRAM PECUT MURID TAHUN 6
17.3.2016
21.3.2016 - SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
23.03.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - BM & BI
25.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - SAINS
26.03.2016 - KELAS BIMBINGAN UPSR
28.03.2016 - MINGGU MATEMATIK
30.3.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Aktiviti

Kem Insaniah 2015 maulu Nilam rewar hari terbuka "/> sepaktakraw NKRA