Blogroll

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2014

Khamis, Januari 30, 2014 |

Pada 29 Januari 2014 telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Pengawas bagi sesi 2014. Majlis ini telah diadakan pada pukul 8.00 pagi dengan perasmian oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En Tamizi. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pelantikan pengawas sekolah, pengawas surau, pengawas SPBT, pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua kelas dan juga Penolong Ketua kelas.

Murid mendengar taklimat terakhir dari En Zaidi, guru disiplin SK Seafield
Bacaan doa 
Penyampaian watikah oleh NYDP

Bacaan ikrar oleh pengawas
Pemeriksaan barisan pengawas





Read More

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Khamis, Januari 30, 2014 |

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dijalankan dibawah pengelolaan Panitia Agama Islam SK Seafield, sambutan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid yang beragama Islam untuk mengingati jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tema pada tahun ini ialah Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah. Mari kita saksikan peristiwa yang berlaku pada sambutan Maulidur  Rasul peringkat sekolah ini iaitu pada hari Jumaat, 24 Januari 2014.

Persiapan terakhir mencantikkan sepanduk
Penerangan mengenai aktiviti oleh Ustazah Nor Azizah Salim
Pembawa sepanduk sudah bersedia
Perarakkan bermula diketuai oleh Ustaz Fadhil
Guru-guru lain juga turut serta berarak
En Iskandar bersama kumpulan kompang sekolah turut mengiringi perarakan 
Bacaan Yasin oleh semua murid Islam
Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah


Majlis penyampaian hadiah bagi menjawab soalan dan kain sepanduk tercantik

Read More

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Khamis, Januari 30, 2014 |

Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 7.00 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Di SK Seafield juga tidak berkecuali terlibat sama dalam program ini. Program ini telah dilancarkan pada 20 Januari 2014 dan telah dirasmikan oleh Pn Ranizam binti Yusof, Guru Besar SK Seafield. Mari kita saksikan pelancaran Program Guru Penyayang peringkat Sekolah Kebangsaan Seafield ini.



 Guru-guru yang penyayang

Perasmian oleh Pn Ranizam binti Yusof,Guru Besar SK Seafield

Ucapan Guru Besar




Read More

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

Khamis, Januari 30, 2014 |

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Pada peringkat sekolah, SK Seafield juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan program NILAM ini dengan pelancaran Program NILAM pada 10 Januari 2014untuk memberikan pendedahan kepada murid mengenai program membaca ini.






Read More

PELANCARAN SEAFIELD REWARS 2014

Khamis, Januari 30, 2014 |

Seafield Rewards adalah salah satu program kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seafield yang bertujuan menggalakkan murid melakukan sesuatu aktiviti yang positif seperti memberi salam kepada guru dan rakan, membantu guru dan sebagainya. Pada 9 Januari yang lepas pelancaran Seafield Rewards ini telah dilancarkan oleh penolong kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn Norzila binti Ishak. Diharapkan dengan pelancaran ini, murid di SK Seafield akan sentiasa berperwatakan positif.





Read More

Persaraan Pn Hjh Rafiah bt Hj Ad

Khamis, Januari 30, 2014 |




















Pada 6 Januari 2014 (Isnin) SK Seafield telah mengadakan sambutan Majlis persaraan Guru Besar SK Seafield Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan. Beliau berkhidmat dari tahun 2001 hingga Jan 2014. Sepanjang perkhidmatan beliau di SK Seafield banyak kejayaan yang telah SK Seafield perolehi. Terima kasih dan selamat bersara.
Read More

GURU BERTUGAS MINGGU INI

TEMA : MINGGU PEPERIKSAAN

1
PN ZAMZURA BT WAGIRON
2 PN ROSHAYANI LISA BT ABU BAKAR
3 PN NOOR AZLINAH BT ABU
4 EN ROS ISKANDAR BIN MINGAT
5 PN MUNIROH BT MD SAID
6 PN NITAKUMARI KK PATEL
7 PN SUZANA BT PAKIRI

TAKWIM BULAN FEB/MAC 2016

26.2.2016 - MTQ PERINGKAT SEKOLAH
KELAS ZOOM IN (BI)
27.2. 2016 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

29.2.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA

BULAN MAC 2016

01.03.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA
1- 4 MAC - SARINGAN 1 LINUS NUMERASI
02.03.2016 - LATIHAN RMUAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR ( BM & BI )
04.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - MATEMATIK
08.03.2016 -OTI (1)
8-11 MAC SARINGAN LINUS LITERASI

09.03.2016 - OTI (1)
LATIHAN RUMAH SUKAN
KELS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
10.3.2016 - OTI (1)
11.03.2016 - OTI (1)
KEM INSANIAH
KELAS ZOOM IN 2Q - BI
12.03.2016 - CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA
KEM INSANIAH
14.3.2016 - PROGRAM PECUT MURID TAHUN 6
17.3.2016
21.3.2016 - SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
23.03.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - BM & BI
25.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - SAINS
26.03.2016 - KELAS BIMBINGAN UPSR
28.03.2016 - MINGGU MATEMATIK
30.3.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Aktiviti

Kem Insaniah 2015 maulu Nilam rewar hari terbuka "/> sepaktakraw NKRA