Blogroll

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

PROGRAM NILAM - MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Isnin, Januari 19, 2015 |

Budaya membaca haruslah dipupuk dari kecil lagi, bertepatan dengan pelancaran Program NILAM, murid-murid mula diasuh untuk membaca. Murid tahun 1 khususnya perlu diberikan pendedahan mengenai kepentingan membaca. Kelas Pn Azma tahun 1 Usaha telah dibawa ke perpustakaan untuk memupuk minat membaca mereka sejak dari kecil. Tahniah, anak-anak Seafield!







Read More

PELANCARAN PROGRAM NILAM SK SEAFIELD 2015

Isnin, Januari 19, 2015 |



‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. 

Bagi menyahut seruan negara, SK Seafield juga tidak terkecuali untuk menjayakan program ini dengan gilang gemilangnya di sekolah kami ini. Jum kita lihat Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat SK Seafield pada tahun ini. 
Persembahan murid Jonathan dan Afrida


Gimik pelancaran memecahkan ais 

 




Pelepasan belon ke udara oleh GB SK Seafield




Sesi bergambar



Read More

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2015

Isnin, Januari 19, 2015 |

Pada Jumaat bersamaan dengan 16 Januari 2015 baru-baru ini, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan sambutan sempena mengingat kelahiran Nabi Muhammad SAW dan pelbagai program telah dijalankan

Murid beratur di dataran untuk mendengar penerangan daripada Ustazah Zaryati dan Ustad Fadhil


Murid mula berarak


Keceriaan murid terpancar semasa perarakan





Berarak melalui kuaters guru USJ 6



Selepas berarak murid mendapatkan makan dan air 


Bacaan Al Quran oleh murid



Ucapan oleh Tuan Haji Ismail, Guru Besar SK Seafield

Penceramah jemputan



Read More

GURU BERTUGAS MINGGU INI

TEMA : MINGGU PEPERIKSAAN

1
PN ZAMZURA BT WAGIRON
2 PN ROSHAYANI LISA BT ABU BAKAR
3 PN NOOR AZLINAH BT ABU
4 EN ROS ISKANDAR BIN MINGAT
5 PN MUNIROH BT MD SAID
6 PN NITAKUMARI KK PATEL
7 PN SUZANA BT PAKIRI

TAKWIM BULAN FEB/MAC 2016

26.2.2016 - MTQ PERINGKAT SEKOLAH
KELAS ZOOM IN (BI)
27.2. 2016 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

29.2.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA

BULAN MAC 2016

01.03.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA
1- 4 MAC - SARINGAN 1 LINUS NUMERASI
02.03.2016 - LATIHAN RMUAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR ( BM & BI )
04.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - MATEMATIK
08.03.2016 -OTI (1)
8-11 MAC SARINGAN LINUS LITERASI

09.03.2016 - OTI (1)
LATIHAN RUMAH SUKAN
KELS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
10.3.2016 - OTI (1)
11.03.2016 - OTI (1)
KEM INSANIAH
KELAS ZOOM IN 2Q - BI
12.03.2016 - CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA
KEM INSANIAH
14.3.2016 - PROGRAM PECUT MURID TAHUN 6
17.3.2016
21.3.2016 - SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
23.03.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - BM & BI
25.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - SAINS
26.03.2016 - KELAS BIMBINGAN UPSR
28.03.2016 - MINGGU MATEMATIK
30.3.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Aktiviti

Kem Insaniah 2015 maulu Nilam rewar hari terbuka "/> sepaktakraw NKRA