KEM AKHIR BALIGH TAHUN 6
Bagi memenuhi program selepas UPSR semua murid tahun 6 mengikuti Kem Akhir Baligh yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling SK Seafield dan diselia oleh guru Panatia Agama Islam dan Moral. Tujuan progam ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada semua murid tahun yang semakin meningkat usia untuk lebih mengenali diri sendiri bagi menghadapi peringkat umur remaja.
Peringkat remaja adalah peringkat umur yang amat mencabar bagi setiap insan. Tanpa didikan yang baik maka remaja mudah terjebak dengan segala masalah sosial yang kini menjadi cabaran utama negara. Masalah seperti kes pembuangan bayi, gejala gangsterisme dan sebagainya merupakan salah satu barah yang kian makin parah dalam masyarakat.
Bagi melahirkan warga SK Seafield yang terhindar daripada pelakuan tersebut maka program ini dilaksanakan bagi semua murid tahun 6 di SK Seafield yang bakal meninggalkan sekolah rendah untuk melangkah ke peringkat menengah untuk menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berdaya saing kelak. Di harapkan dengan mengikuti program sebegini, murid dapat menempuh segala cabaran dengan lebih baik.
Ustad Sallehudin dan Ustad Fadhil mengawasi murid lelaki melaksanakan aktiviti
di surau Assajidin, SK Seafield
Ustazah Zaryati dan Ustazah Suhaili pula melaksanakan aktiviti
di bilik ICT SK Seafield bersama murid perempuan
Read More