Blogroll

Clocks for website
<a href="http://www.clock4blog.eu">clock for blog</a>
Free clock for your blog

PROGRAM PERSIAPAN MINDA TAHUN 5 2012

Rabu, Oktober 24, 2012 |

Murid tahun 5 pada tahun ini merupakan bakal calon yang akan menduduki UPSR pada tahun 2013. Oleh itu unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama panatia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah mengadakan satu program bagi murid tahun 5 bagi mempersiapkan minda menghadapi UPSR tahun hadapan. Program ini dilaksanakan dengan memberikan pendedahan awal kepada semua murid tahun 5 bagaimana untuk memperoleh keputusan yang baik dalam matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

Murid berkumpul di Dewan Harmoni pada pukul 8.00 pagi mendengar taklimat awal

Gelagat murid-murid semasa menjawab soalan daripada Pn Azlina

Pn Muniroh memberikan tips menjawab kertas Bahasa Melayu

Pn Norazizah dengan tips menjawab kertas Sains

Sesi selingan meregangkan otot

Pn Vimala memberikan kaedah cara menjawab kertas Bahasa Inggeris

Kaunselor sekolah memberikan kata-kata ransangan bagi menghadapi UPSR 
Read More

GAMBAR LAGI DI HARI KO KURIKULUM 2012

Selasa, Oktober 16, 2012 |

Gambar Hari Kokurikulum muncul lagi, jom kita sama-sama lihat gambar pada hari tersebut.

Murid-murid berkumpul di dalam dewan




Sekitar gambar murid yang menerima hadiah pada Hari Kokurikulum

En Zaidi mewakili permainan Ping Pong yang menerima hadiah bagi permainan
paling aktif sepanjang tahun 2012 

Pn Waheedah mewakili kelab Robotik yang menerima hadiah bagi kelab paling aktif 2012


Tunas Kadet Remaja Sekolah bergaya dengan pingat tempat pertama bagi Kawad berirama

Guru-guru kelab Robotik bergambar sebagai kenang-kenangan



Read More

GAMBAR SEKITAR HARI KO KURIKULUM 2012

Isnin, Oktober 15, 2012 |

Hari Ko Kurikulum telah berjaya diadakan dengan meriahnya. Sambutan amat menggalakkan dengan kedatangan murid-murid serta ibu bapa yang datang untuk memberikan sokongan kepada Hari Ko Kurikulum. Mari kita lihat sedikit sebanyak gambar yang telah dirakamkan.
Murid berkumpul

Juruacara memulakan bicara dan bacaan doa daripada Ustd Sallehudin


Ucapan daripada YDP PIBG 

Perasmian yang penuh dengan gemilang

Senamrobik di ketuai oleh Pn Asheena





Pertandingan kawad berirama antara pasukan beruniform 











Sekitar Pertandingan Robotik 


Read More

Video sekitar Hari Kokurikulum 1/2012

Sabtu, Oktober 13, 2012 |

Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Read More

Video Sekitar Hari Kokurikulum 1/ 2012

Sabtu, Oktober 13, 2012 |


Senamrobik iaitu acara sebelum acara kawad formasi/berirama. Tahniah SK Seafield
Read More

PROGRAM KESELAMATAN ELEKTRIK

Sabtu, Oktober 13, 2012 |

Program keselamatan elektrik merupakan salah satu program yang dijalankan oleh SK Seafield bagi memberikan kesedaran kepada murid mengenai keselamatan semasa mengendalikan elektrik. Program ini yang dianjurkan oleh SK Seafield telah menjemput pegawai daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberi ceramah kesedaran kepada semua murid mengenai bahaya dan kaedah penggunaan elektrik yang selamat. Pelbagai input yang berguna telah diberikan kepada semua warga SK Seafield. 


Warga SK Seafield tekun mendengar ceramah daripada Pegawai TNB

Bahan edaran mengenai ceramah yang disampaikan 


Murid-murid bersemangat mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang berikan bagi mendapatkan hadiah daripada pihak penceramah : )

Tekun mendengar ceramah 

Sudut infomasi mengenai Keselamatan Elektrik
Kenangan bersama penceramah daripada TNB



Read More

KEM AKHIR BALIGH TAHUN 6

Sabtu, Oktober 13, 2012 |

KEM AKHIR BALIGH TAHUN 6

Bagi memenuhi program selepas UPSR semua murid tahun 6 mengikuti Kem Akhir Baligh yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling SK Seafield dan diselia oleh guru Panatia Agama Islam dan Moral. Tujuan progam ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada semua murid tahun yang semakin meningkat usia untuk lebih mengenali diri sendiri bagi menghadapi peringkat umur remaja. 

Peringkat remaja adalah peringkat umur yang amat mencabar bagi setiap insan. Tanpa didikan yang baik maka remaja mudah terjebak dengan segala masalah sosial yang kini menjadi cabaran utama negara. Masalah seperti kes pembuangan bayi, gejala gangsterisme dan sebagainya merupakan salah satu barah yang kian makin parah dalam masyarakat. 

Bagi melahirkan warga SK Seafield yang terhindar daripada pelakuan tersebut maka program ini dilaksanakan bagi semua murid tahun 6 di SK Seafield yang bakal meninggalkan sekolah rendah untuk melangkah ke peringkat menengah untuk menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berdaya saing kelak. Di harapkan dengan mengikuti program sebegini, murid dapat menempuh segala cabaran dengan lebih baik. 


 
Ustad Sallehudin dan Ustad Fadhil mengawasi murid lelaki melaksanakan aktiviti 
di surau Assajidin, SK Seafield 


Ustazah Zaryati dan Ustazah Suhaili pula melaksanakan aktiviti 
di bilik ICT SK Seafield bersama murid perempuan



Read More

GURU BERTUGAS MINGGU INI

TEMA : MINGGU PEPERIKSAAN

1
PN ZAMZURA BT WAGIRON
2 PN ROSHAYANI LISA BT ABU BAKAR
3 PN NOOR AZLINAH BT ABU
4 EN ROS ISKANDAR BIN MINGAT
5 PN MUNIROH BT MD SAID
6 PN NITAKUMARI KK PATEL
7 PN SUZANA BT PAKIRI

TAKWIM BULAN FEB/MAC 2016

26.2.2016 - MTQ PERINGKAT SEKOLAH
KELAS ZOOM IN (BI)
27.2. 2016 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23
KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

29.2.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA

BULAN MAC 2016

01.03.2016 - UJIAN BULANAN PERTAMA
1- 4 MAC - SARINGAN 1 LINUS NUMERASI
02.03.2016 - LATIHAN RMUAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR ( BM & BI )
04.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - MATEMATIK
08.03.2016 -OTI (1)
8-11 MAC SARINGAN LINUS LITERASI

09.03.2016 - OTI (1)
LATIHAN RUMAH SUKAN
KELS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
10.3.2016 - OTI (1)
11.03.2016 - OTI (1)
KEM INSANIAH
KELAS ZOOM IN 2Q - BI
12.03.2016 - CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA
KEM INSANIAH
14.3.2016 - PROGRAM PECUT MURID TAHUN 6
17.3.2016
21.3.2016 - SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
23.03.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - BM & BI
25.03.2016 - KELAS ZOOM IN 2Q - SAINS
26.03.2016 - KELAS BIMBINGAN UPSR
28.03.2016 - MINGGU MATEMATIK
30.3.2016 - LATIHAN RUMAH SUKAN
KELAS INTENSIF UPSR - MAT & SAINS
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Aktiviti

Kem Insaniah 2015 maulu Nilam rewar hari terbuka "/> sepaktakraw NKRA