Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan
murid melibatkan tindakan seperti membimbing,
menyokong dan memberi nasihat. Mentor
bukan sahaja menitikberatkan individu
(mentee) dan perhubungan psikologi
menteenya, tetapi juga membimbing, memberi
penghargaan, kasih sayang dan mengasah
kemahiran-kemahiran lain seperti
membuat keputusan, menghadapi masalah atau
mengatasi tekanan dan berusaha
membimbing menteenya menjadi individu yang
berguna kepada masyarakat dan
negara.
Program ini telah dilancarkan pada 22 Februari 2014 ( Sabtu ) selepas Mesyuarat Agung PIBG. Penyerahan mentee atau anak angkat dibuat oleh ibubapa murid kepada guru atau mentor secara rasmi dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan